"HUTANG"
Dan dalam hadith yang lain daripada Ibnu Umar Radiallahu Anhuma Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah :-
Maksudnya :
Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham.
(Ada antara orang yang berhutang mempunyai sifat PENDUSTA...PENIPU...PEMBOHONG. Berjanji esok, lusa, minggu depan, tahun depan tapi memang tidak mau bayar. Jadi orang yang beri hutang kalau orang berhutang tak nak bayar jangan risau, kalau DAH HABIS PAHALA dia kita ambil masih tak cukup nak bayar hutang, KITA BERI DOSA KITA pada yang berhutang tadi).
HUTANG PENGHALANG UNTUK MASUK SYURGA
"Dari Abu Hurairah Radiallahuanhu dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda: Orang kaya yang sengaja melengah-lengahkan pembayaran hutang adalah suatu kezaliman."(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari.)
Pada keesokan harinya seorang sahabat telah bertanya kepada Baginda: Wahai Rasulullah apakah yang sangat dahsyat yang telah turun itu? Baginda bersabda yang bermaksud:
"(Yang turun dahsyat itu) ialah mengenai hutang maka demi diri Muhammad di tangan-Nya (Allah Subhanahu Wataala), kalaulah seorang itu mati di dalam perang Sabilillah kemudian dihidupkan semula kemudian mati lagi dalam perang Sabilillah, kemudian dihidupkan semula akan tetapi ia ada mempunyai hutang yang belum dibayar maka ia tidak akan dimasukkan ke dalam Syurga sehinggalah hutangnya itu dibayarkan atau diselesaikan."(Riwayat Al-Imam Ahmad).
Sumber dari Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei
DOA MENGHILANGKAN RASA
DUKACITA DAN MELANGSAI HUTANG
“Ya Allah, aku berlindung dengan Mu daripada
dukacita dan rasa sedih; aku berlindung
dengan Mu daripada lemah dan malas;
aku berlindung dengan Mu daripada sifat
pengecut dan bakhil; dan aku berlindung
dengan Mu daripada bebanan
hutang dan penindasan orang.”