Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (SURAH AT TAHRIIM - AYAT 8)

Friday, 19 August 2011


"Ya Allah, Ampunkan Lah Segala Dosa Ku, Limpahkan Rahmat Dan Hidayah Mu Dan Beri Lah Aku Petunjuk Pada Jalan Yang Lurus. Ya Allah, Bukakanlah Untukku Pintu-Pintu Kebaikan, Pintu-Pintu Keselamatan, Pintu-Pintu Kesihatan, Pintu-Pintu Kenikmatan, Pintu-Pintu Keberkatan, Pintu-Pintu Kekuatan, Pintu-Pintu Cinta Sejati, Pintu-Pintu Kasih Sayang, Pintu-Pintu Rezeki, Pintu-Pintu Ilmu, Pintu-Pintu Keampunan Ðan Pintu-Pintu Syurga, Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang"